Saturday 10 December 2022

Are you ready?

 Apa ada pada pengalaman bekerja selama 14 tahun hanya di satu tempat kerja?

Hai kawan-kawan, berjumpa lagi kita pada kali ini dengan satu semangat yang baharu. Saya sekarang hanya menunggu waktu sahaja untuk berhenti kerja. Sebenarnya hasrat untuk berhenti kerja ini datang apabila suami tercinta saya telah dinaikkan pangkat serta berpindah tempat kerja.


Sebenanya, i am so ready untuk berhenti kerja. Priority saya sekarang ialah my family. Thank God, hidup ini memang susah untuk kita faham. i've been through banyak hal juga, sama macam korang. Kalau hidup ini berjalan dengan lancar selalu itu tipulah namanya kan. Tapi segala yang berlaku dalam hidup kita itu sebenarnya mematangkan lagi diri kita untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Hidup ni ada stage dia tau. Kalau lepas stage 1, jangan fikir diri dah hebat. You must get ready untuk ke stage yang ke 2 dan seterusnya. Berapa  stage tu saya kurang pastilah ya..sebab tak akan sama untuk setiap manusia di muka bumi ini. Tapi yang pasti akan ada stage yang terakhir..hehe

terlebih dahulu saya nak bagitahu korang yang sekarang ni saya berada di Starbucks,Vivacity Megamall Kuching. Saya bawa bersama saya sebiji laptop yang dihadiahkan kepada saya sambil menikmati frappucino Chocolate yang berharga RM18.55 medium size. hahaha..hari ni hari ahad dan cuaca panas dan sedikit mendung menandakan hari nak hujan petang ni..

selama berbelas tahun saya bekerja, mungkin ini yang ke 5 kali saya masuk starbucks. Hari ni saja2 nak lepak kat sini sebab nak rasa menaip di dalam starbucks..hhahaha..pssstt...tak lah mahal sangat kalau 2-3 jam duduk hanya minum frappucino segelas..tapi gaya tu lah sebenarnya yang buat nampak mahal..

zaman bekerja ni rugi kalau tak mencuba sesuatu yang baru..nanti bila dah tua, merajuk tengok anak kita lepak starbucks tak ajak..hahaha...bergurau...kan sekarang ramai yang kecam student2 suka lepak starbucks. kesian..

cerita saya. 

selepas 14 tahun, kemana arah tuju saya dengan pengalaman 14 tahun tersebut? seriously, saya tak pasti lagi. Saya agak kesal kerana 14 tahun saya masih merasakan diri ini belum menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Masih lagi merasa tekanan-tekanan hidup seperti semua orang normal di dunia ini..haha.. Tapi saya harus bersyukur dengan segala apa yang saya miliki sekarang ini. Rezeki saya ternyata ada di lingkungan keluarga saya..orang2 yang saya sayang syukur diberikan rezeki kesihatan yang baik. Kerana di dunia ini yang terpenting adalah kesihatan. 

Saya sebenarnya tak sabar nak mula hidup baru sebagai seorang isteri dan ibu. Kembali ke pangkuan keluarga saya..masak untuk mereka serta melakukan aktiviti bersama dalam sebuah keluarga. kerana merekalah harta saya didunia. im sorrry mommy & daddy, saya belum mampu untuk membahagiakan kerana saya belum berjaya. tetapi saya berjanji akan selalu ada bila kalian memerlukan saya. i promise.

Kawan2 yang pernah datang dan pergi dalam hidup saya, saya ucapkan semoga maju jaya dalam hidup dan teruskan perjuangan korang. kita sama2 berjuang dalam hidup ini. tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang mustahil jika kita masih percaya dengan Tuhan kita.

kepada kawan2 yang perasan kalau saya tak mengenang budi ke, tak mengambil berat ke selama ini, im sorry..i'll never tell you that i have the answers because i don't..i was scared, tired and alone most of the time.

my goal is to inspire people around me. Jangan mengalah dalam hidup. as for me, saya mengalah dalam pekerjaan bukan kerana saya kecewa tetapi saya mengambil dari sudut positif nya juga..tapi memang lama lah nak faham...hahaha..semoga Tuhan membukakan pintu rezeki yang lain buat saya selepas ini.

saudara mara yang baru kehilangan orang tersayang, saya mendoakan semoga teruskan kehidupan. mereka yang sudah pergi meninggalkan kita adalah kerana mereka sudah menemukan bahagia yang abadi. ayuh kita membahagiakan diri kita juga kerana kita berhak untuk bahagia. tiada yang menyayangi diri kita melainkan diri kita sendiri..

kepada student2 yang sedang berjuang dalam hidup, belajar juga untuk tahu bahawa hidup sekrang semakin keras. fokus dengan tujuan korang dalam menimba ilmu. dibelakang korang ada orang tua yang penuh harapan untuk melihat anda berjaya dalam hidup. bukan untuk mereka tetapi untuk korang sendiri. Apabila mereka sudah tidak ada didunia ini, korang ada bekalan untuk meneruskan hidup hasil dari jerih payah mereka.

thank you semua..sehingga kita berjumpa lagi di dalam entry yang akan datang. 😘