Sunday 13 June 2021

I'm back!

Selamat datang lagi ke blog saya!

Sudah banyak kali juga ya content blog saya ini bertukar ganti. Saya sebenarnya tidak fokus dengan pengisian dalam penyampaian saya di dalam blog ini.

Tapi tak apa ya. Saya lebih senang untuk bermula dari awal lagi. Dengan content yang lebih positif. Kira-kira tentang apa ya?

Kalau yang sebelum ini, pada awalnya blog ini sekadar untuk saya berkongsi tentang kehidupan saya sehari-hari bersama anak saya. Selepas itu, saya hilang fokus dan hilang..

Tidak lama selepas itu saya kembali lagi dan menghapus semua content di dalam blog ini lalu bermula dari awal untuk berkongsi tentang perjalanan diet saya. Tapi selepas entry pertama saya hilang lagi kerana diet saya juga kelaut lagi..haha..

Tapi hari ini saya kembali lagi. Semoga terus bersemangat ya kali ini 💪 

Atas alasan apa saya kembali lagi ke sini?

Baiklah, sejujurnya saya sudah memutuskan untuk tidak terlalu aktif di media sosial yang lain nya..kerana hanya akan megundang persepsi yang yang tidak sihat dimata dan pemikiran netizen. Walaupun saya atau keluarga kami bukanlah siapa-siapa tapi kadang-kadang benarlah, setiap apa yang kita lakukan tidak semua orang mahu atau suka melihatnya, sekalipun orang-orang itu org yang kita kenal. 

Jadi, saya rasakan adalah lebih baik saya kembali ke blog ini. Setiap postingan pasti akan cukup dengan huraian dan tertitip dengan rapi disini. Tanpa ada komen, like dan share yang perlu saya berikan perhatian khusus. Dan paling penting, saya tidak perlu melihat postingan orang lain. Saya hanya fokus dengan apa yang berkaitan dengan diri saya sendiri sahaja. Itulah sebenarnya yang saya mahukan. Bermedia sosial dengan sihat.

Terima kasih buat yang sudah sampai ke sini. Semoga bermanfaat untuk semua. Saya juga ada youtube Channel sendiri tapi saya jarang juga update video-video baru kerana kekangan masa dan pekerjaan juga. Tapi jujur, saya akan kembali juga untuk membuat vlog yang mana akan saya selitkan di blog ini juga nanti. Kerana apabila saya tidak punya idea untuk menaip saya akan membuat video. Untuk keseronokan sahaja pasti ya. 

Ok guys, sampai disini sahaja untuk kali ini. Semoga saya bisa kekal berkarya disini. 🙏

No comments:

Post a Comment