Thursday 17 June 2021

Part 1 - Setahun bersama Tupperware Brands


Tanggal 16 Jun 2021 merupakan genaplah setahun saya sudah terjebak dengan bisnes menjual plastik ajaib iaitu produk Tupperware Brands.

Dari New Consultant sekarang rank up menjadi 3 star Director. Dalam tempoh setahun memang berbaloi buat bisnes ni dengan komisen cecah lebih seribu ringgit sebulan. Ini testimoni yang saya harus kongsikan bersama anda semua kerana anda juga belum terlambat untuk mencuba bisnes bersama Tupperware Brands.

Kalau dulu saya nak join member untuk beli untuk diri sendiri sahaja. Lagi pun saya tidak tahu kalau Tupperware sekarang sudah ada MLM juga. 

Saya bekerja sebagai Setiausaha/General Admin/Data Controller di salah sebuah organisasi di Kuching sejak tahun 2008. Memang tak dinafikan tugas hakiki saya memang banyak. Sebab itu, apabila kawan saya ajak untuk join bisnes bersama Tupperware Brands, saya tak terfikir yang saya boleh melakukannya seperti sekarang. 

Sebelum ini, saya ada juga mencuba untuk buat bisnes lain tapi tak ada yang kekal lama kerana tak nampak hasil yang setimpal dengan kerja keras. Kiranya, Tupperware Brands ini sahajalah yang kekal sampai sekarang.

Banyak yang saya belajar dari sifu-sifu di dalam bisnes ini. Mereka menunjukkan jalan dan selalu memberi support bagaimana nak rank up dan bagaimana untuk merancang mengembangkan team. Tidak pernah ada istilah menguntungkan orang lain jika kita sendiri tidak bekerja keras.

Cabaran di dalam bisnes ini bagi saya adalah, saya jauh dari team. Segalanya saya perlu uruskan sendiri demi membantu team. Kadang2 barang lambat sampai kerana MCO, masalah nak cari kotak untuk packing dan pos ke team secara individu. Semua urusan melalui Stokis Tupperware di Kuching, padahal di Sibu adalah stokis yang terdekat. Ini kerana kita belum ada team leader yang kuat di Sibu.

Big WHY saya buat bisnes ini menguatkan semangat saya untuk terus bekerja lebih keras lagi. Sebenarnya saya akui saya lebih utamakan bisnes ini dari kerja hakiki saya. Which is not good sebenarnya. Tapi sekarang saya lebih santai buat bisnes ini dan kerana saya menyedari kerja hakiki saya lebih penting. Kepada korang yang buat bisnes ini, saya pesan, ada masa korang akan rasa nak resign dari kerja hakiki sebab nak fokus dgn bisnes plastik ajaib ini, saya nak pesan jangan pernah terfikir untuk resign. Bersyukur dgn kerja hakiki korang, pada masa sama dpt side income dari bisnes tupperware. 

Big WHY saya yang pertama ialah, saya nak bebas dari belenggu kewangan. Side income ni sungguh membantu kewangan kami sekeluarga. Saya sekarang boleh beli apa saja yang saya nak. Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya saya ada extra duit belanja dari komisen yang saya dapat. Bayangkan setiap bulan saya dpt tak kurang dari RM1k. 

Big WHY yang kedua ialah, saya nak bina empayar bisnes untuk keluarga saya. Saya melihat masa depan saya bersama bisnes ini. Suatu hari saya nak jadi orang pertama buka studio Tupperware Brands di Kapit. In order for me to be able to buka studio di Kapit ialah, saya kena rankup sekurang-kurangnya menjadi Associate Executive Director (AED) dan modal nak buka studio kena plan awal sebab bukan sedikit..banyak..hehe..tapi tak apa kita suka think big!

Big WHY yang ketiga ialah, saya sebenarnya lebih suka bekerja sendiri, mengikut masa bekerja yang flexible. Saya dah jumpa bisnes yang saya rasa sesuai dengan jiwa saya. Bisnes santai2 tapi komisen yang berbaloi-baloi tak lain dan tak bukan Tupperware Brands! Itulah sebabnya, kadang2 terfikir nak resign dari kerja hakiki. Tapi saya rasa rugi pula kalau tolak rezeki, padahal ramai diluar sana yang memerlukan pekerjaan.

So, jangan takut mencuba. Buat apa sahaja upline suruh. Jangan berhenti berjuang. Peluang ini didepan mata, malah segala jalan sudah tersedia, tinggal kita sahaja memilih untuk buat sungguh-sungguh atau tidak. 

Sekian dulu untuk perkongsian saya untuk part pertama ini. Semoga bermanfaat bagi new consultant atau new member. 😉

No comments:

Post a Comment